Kluster Tahun Baharu Cina catat 15 kes positif di Sabah

9

23 FEB : Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata, satu kluster baharu COVID-19 dicatatkan di Sabah berkaitan majlis makan malam perayaan Tahun Baru Cina di Sandakan.

Menurut beliau, kluster baharu terbabit, Kluster Mawar di Sandakan telah mencatatkan sebanyak 15 kes positif COVID-19.

“Siasatan mendapati penularan jangkitan terjadi semasa menghadiri majlis makan malam sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada 12 Februari lalu di kediaman sendiri,”

“Kes indeks dikesan hasil saringan bergejala di klinik swasta pada 22 Februari lalu dan saringan kontak rapat terhadap 14 orang yang terdiri daripada ahli keluarga kes indeks telah disahkan positif RTK Ag,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Masidi berkata, Sabah hari ini mencatatkan sebanyak 94 kes baharu dan ini menjadikan jumlah kumulatif 52,268 kes dengan satu kematian di daerah Sandakan.

Daripada 94 kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 33 kes atau 35.1 peratus berpunca dari saringan kontak rapat dan lapan kes atau 8.5 peratus membabitkan saringan bergejala.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.