COVID-19 : 10 ekor orang utan dilepas ke habitat asal

42

23 FEB : 10 ekor orang utan dihantar pulang ke habitat asalnya di kepulauan Borneo kerana dibimbangi haiwan itu terkena dijangkitan COVID-19.

Menurut Borneo Orang Utan Survival Foundation (BOSF), haiwan berkenaan dihantar menggunakan helikopter bagi mengelak terdedah dengan jangkitan virus itu jika dihantar melalui jalan darat atau laut.

Ketua Eksekutif BOSF, Jamartin Shite, berkata pandemik yang menjadi ancaman ketika ini menyukarkan usaha melindungi haiwan berkenaan.

“Sepanjang tahun kita tidak boleh membebaskan haiwan terbabit ke habitat asalnya kerana bimbang dengan penularan wabak ini. Kami melaksanakan protokol kesihatan yang ketat serta pelan mitigasi jika orang utan ini dijangkiti COVID-19.

“Penggunaan helikopter berupaya mengurangkan risiko penularan COVID-19, katanya. Haiwan terbabit juga disuntik dengan ubat penenang sebelum penerbangan serta ditempatkan dalam kurungan khas,” ujarnya.

Sebaik helikopter mendarat, haiwan berkenaan dibawa menaiki bot dan dihantar ke Hutan Perlindungan Bukit Batikap di tengah Kalimantan.

Beberapa orang utan turut dilepaskan di hutan lain di timur Kalimantan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.