AS tangkap isteri ketua kartel dadah ‘El Chapo’

97

23 FEB: Pihak berkuasa AS semalam menangkap isteri Joaquin ‘El Chapo’ Guzman Loera, pemimpin kartel dadah Mexico yang dikenali sebagai Sinaloa Cartel, lapor Anadolu Agency.

Emma Coronel Aispuro, 31, ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles, Virginia  “atas tuduhan yang berkaitan dengan dakwaannya terlibat dalam penyeludupan dadah antarabangsa,” kata Jabatan Kehakiman dalam satu kenyataan.

Warganegara dua kerakyatan AS-Mexico itu dijangka dihadapkan ke mahkamah persekutuan pada hari ini di Mahkamah Daerah AS untuk Daerah Columbia melalui sidang video.

“Menurut dokumen pertuduhan, Emma didakwa terlibat dalam konspirasi untuk mengedar kokain, methamphetamine, heroin dan ganja untuk diimport ke AS,” kata kenyataan itu.

Dia juga dituduh telah bersekongkol dengan orang lain untuk membantu Guzman melarikan diri dari penjara Altiplano pada 11 Julai 2015, yang terletak di Almoloya de Juarez, Mexico.

“Setelah Guzman ditangkap kembali di Mexico pada Januari 2016, Emma didakwa terlibat dalam perancangan lari dari penjara sekali lagi sebelum Guzman di ekstradisi ke AS pada Januari 2017,” kata pernyataan itu.

Raja dadah itu kemudian dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada tahun 2019 kerana peranannya sebagai pemimpin Sinaloa Cartel.

“Emma didakwa dalam satu aduan jenayah dengan konspirasi untuk menyebarkan satu kilogram atau lebih heroin, lima kilogram atau lebih kokain, 1.000 kilogram atau lebih ganja, dan 500 gram atau lebih methamphetamine untuk diseludup secarta haram ke AS ,” tambah kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.