WHO Percaya Covid-19 Berakhir 2022

9

22 FEB : Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah, Dr. Hans Kluge percaya bahawa pandemik Covod-19 akan berakhir pada awal tahun 2022.

Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark DR, Kluge berkata, COVID-19 masih merebak pada tahun ini, namun akan lebih terkawal berbanding tahun lalu.

Sambil menyifatkan senario terburuk kini berakhir, beliau berkata, sudah ada lebih banyak maklumat mengenai virus itu berbanding ketika peringkat awal penularan pada 2020.

“Namun, saya tetap mengingatkan, tiada sesiapa pun yang dapat mengetahui keadaan sebenar pandemik Covod-19 pada masa depan.

“Virus ini akan terus wujud tetapi saya berpendapat sekatan tidak akan diperlukan. Ini adalah mesej yang optimis,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Kluge memberitahu, mutasi adalah perkara biasa dan virus terbabit sedang cuba menyesuaikan diri dengan individu dijangkiti, namun yang menjadi kebimbangan ialah penularan mutasi secara pantas.

Tambah beliau, WHO sentiasa memantau rapat keberkesanan vaksin COVID-19 yang dibangunkan.

“Vaksin boleh diubah suai berdasarkan mutasi baharu jika perlu, tanpa perlu kembali dibangunkan dari mula. Mutasi tidak akan menjadikan virus itu berada di luar kawalan.

“Bagaimanapun ia akan meningkatkan tekanan terhadap negara yang sistem penjagaan kesihatan sudahpun berdepan kesukaran, justeru isu mutasi perlu diberi perhatian amat serius,” katanya.

Kluge juga turut menekankan, masalah terbesar akan muncul apabila golongan telah divaksin berada dalam kelompok sama dengan mereka yang tidak menerima vaksin, maka penjadualan adalah faktor sangat penting.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.