Mahkamah Tinggi benarkan HINDRAF cabar keputusan ROS

16

22 FEB : Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) meneruskan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang membatalkan pendaftaran kumpulan itu.

Peguam HINDRAF, Annou Xavier berkata, Hakim Datuk Mariana Yahya membenarkan permohonan anak guamnya untuk kebenaran semakan kehakiman selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak melalui prosiding dalam talian, lapor Bernama.

“Mahkamah menetapkan 8 Mac untuk sebutan permohonan semakan kehakiman,” katanya.

Pada 22 Disember tahun lalu, kumpulan itu menerusi pemimpinnya yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy memfailkan kebenaran mencabar keabsahan dua keputusan berhubung pembatalan pendaftaran kumpulan itu.

Pertama membabitkan keputusan Ketua Pengarah RoS pada 30 September 2019 untuk membatalkan pendaftaran kumpulan itu dan kedua adalah keputusan menteri Dalam Negeri pada 7 Ogos tahun lalu mengekalkan keputusan pertama.

HINDRAF menuntut pengisytiharan kedua-dua keputusan pembatalan pendaftaran itu tidak sah dan terbatal; perintah untuk menggantung sementara kedua-dua keputusan itu sementara menunggu permohonan semakan kehakiman.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.