Kluster lapor pertambahan kes semakin meningkat

15

22 FEB : Sebanyak 578 kluster telah ditamatkan termasuk 14 kluster yang tamat bermula pada hari ini.

14 Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Parit Jamil, Kluster Manik, Kluster Batu Lapan, Kluster Paloh Tumpat, Kluster Pondok Hidayah, Kluster Sungai Chemubong dan Kluster Jalan TJ, Kluster Stutong, Kluster Sungai Ibor, Kluster Industri Apas, Kluster Jalan KKIP Selatan, Kluster Kampung Bukit Lada, Kluster Teknologi Kesidang, dan Kluster Tropika turut ditamatkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, jumlah kluster aktif kini adalah sebanyak 504 kluster.

“Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pula pada hari ini meningkat kepada 99 kluster. Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Sungai Putus (186 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Pantai (62 kes), dan Kluster Jalan Cochrane (54 kes), ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Noor Hisham memberitahu terdapat lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster melibatkan komuniti.

Tambah beliau, daripada jumlah itu, tiga daripadanya melibatkan negeri Selangor iaitu Tapak Bina Jalan Kota , Tapak Bina Lombong Timah dan Pasar Jalan Putra Selangor.

“Selain itu, dua lagi di Sarawak iaitu Sungai Bakong dan Emperoh Jambu manakala selebihnya di Tapak Bina Sungai Batu, Kuala Lumpur; Industri Sungai Gadut Negeri Sembilan dan Hilir Sungai Kluang Pulau Pinang,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.