Jumlah kluster baharu menurun, 510 kluster masih aktif

25

21 FEB : Jumah kluster baharu yang dikesan hari ini menurun berbanding semalam, apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hanya mengesan enam kluster baharu yang mana kesemuanya melibatkan kluster tempat kerja, menjadikan jumlah keseluruhan kluster terkini adalah sebanyak 1,074 kluster.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah keseluruhan kluster tersebut, sebanyak 564 kluster, termasuk enam kluster hari ini telah ditamatkan dan sebanyak 510 kluster masih aktif.

“Enam kluster yang telah ditamatkan hari ini ialah Kluster Mikro, Kluster Tasik Utama, Kluster Titian, Kluster Tapak Bina Jalan Wangsa, Kluster Kota Road, dan Kluster Tanjung Lumpur.

“Manakala Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini ialah sebanyak 82 kluster dan kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Changkat Jong (1,046 kes), Kluster Industri Selesa (171 kes), dan Kluster Tanjung Suria (97 kes),” jelasnya menerusi satu kenyataan media harian COVID-19 hari ini.

Berikut adalah senarai kluster baharu yang dikesan KKM hari ini :

  • Jalan Persiaran Cemerlang (Johor-Tempat Kerja)
  • Jalan Cemerlang Besi (Johor-Tempat Kerja)
  • Jalan Kota Kulai (Johor-Tempat Kerja)
  • Jalan Kelapa Mawar (Johor-Tempat Kerja)
  • Jalan Pandan Ria (Johor-Tempat Kerja)
  • Perusahaan Baru (Pulau Pinang-Tempat Kerja)

Get real time updates directly on you device, subscribe now.