Sesi persekolahan dibuka secara berperingkat mulai 1 Mac

62

19 FEB : Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan sesi persekolahan akan kembali dibuka namun ia akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 1 Mac ini.

Menterinya, Datuk Dr Radzi Jidin pada sidang media khas hari ini memaklumkan, sesi persekolahan bagi pelajar murid Tahun 1 hingga dan Tahun 2 di semua sekolah kerajaan akan bermula pada tarikh berkenaan.

Menurut beliau, pembukaan sekolah bagi murid Tahun 3 hingga Tahun 6 pula adalah pada 8 Mac dan sesi persekolah dimulakan oleh pelajar tahun 1 dan 2 terlebih dahulu bagi membiasakan murid-murdi dengan pelaksaan Standard Operasi Prosedur (SOP) di sekolah.

“Bagi murid di sekolah menengah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan dibuka bermula 4 April manakala negeri selebihnya akan mula dibuka bermula 5 April 2021. 

“Bagi murid Kolej Vokasional yang mengambil Sijil Vokasional Malaysia (SVM) tahun 1 semester 2 dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 1 semester 2 akan bermula juga pada 1 Mac manakala selebihnya akan memulakan sesi pembelajaran pada 8 Mac 2020,” katanya pada sidang media khas KPM, di Putrajaya, hari ini.

Mohd Radzi berkata, tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

“Bagi sekolah antarabangsa yang tiada peperiksaan kebangsaan serta institusi pendidikan swasta (IPS) kategori pusat juga akan mula dibuka bermula 8 Mac ini.

“Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, beliau menggesa orang ramai khsusnya ibu bapa akan perlu memastikan pelajar-pelajar sekolah mematuhi SOP COVID-19 yang telah ditetapkan kerajaan agar tiada jangkitan COVID-19 berlaku di sekolah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.