Lelaki khayal syabu rempuh SJR

29

19 FEB : Seeorang lelaki yang disyaki sedang khayal akibat dadah syabu merempuh satu sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Jalan Kampung Selamat, Tasek Gelugor hari ini.

Lelaki berusia 21 tahun itu, seorang kontraktor telekomunikasi kemudianya berjaya ditahan polis kira-kira tiga kilometer daripada tempat kejadian selepas insiden tersebut.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, suspek yang didapati positif dadah syabu ditahan bagi membantu siasatan.

“Dalam kejadian itu, suspek memandu kereta jenis Proton Saga itu datang dari arah Padang Serai, Kedah. Sebaik tiba di SJR, seorang anggota SJR menahan kereta itu untuk pemeriksaan bagaimanan secara tiba-tiba lelaki itu memecut laju lalu melanggar sebuah kon dan lampu hingga pecah.

“Setelah berjaya ditahan, hasil siasatan kami mendapati suspek memandu dalam pengaruh dadah selain ujian air kencingnya positif dadah syabu. Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.