Harga RON95, RON97 naik 4 sen seliter

38

19 FEB: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik 4 sen pada harga RM2 seliter dan RM2.30 seliter bagi tempoh esok sehingga 26 Februari ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga kedua-dua bahan bakar itu sebelum ini masing-masing RM1.96 dan RM2.26.

Bagaimanapun, harga runcit diesel kekal pada paras RM2.15 seliter.

“Penetapan harga itu dibuat berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.