Sarawak, Negeri Sembilan Catat Rt Harian Tertinggi

61

18 JAN : Negeri Sembilan dan Sarawak semalam telah mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 harian tertinggi negara iaitu masing-masing pada 1.06.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Pulau Pinang telah merekodkan Rt kedua tertinggi iaitu pada 0.99, diikuti Kelantan dan Melaka (0.96), manakala Selangor, Perak serta Kedah masing-masing mencatatkan Rt 0.93.

“Negeri-negeri lain pula merekodkan bacaan di bawah 0.90 iaitu Terengganu (0.89), Johor (0.87), Kuala Lumpur (0.81), Putrajaya dan Perlis (0.76), Pahang (0.73) dan Labuan yang mencatatkan Rt 0.51.

“Manakala bagi Rt untuk seluruh negara pada 17 Febuari pula ialah 0.91,” katanya menerusi infografik yang dikongsikan beliau di Facebook miliknya hari ini.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam melaporkan sebanyak 2,998 kes baharu Covid-19 dan 22 kematian telah direkodkan setakat jam 12 tengah hari semalam.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,578 kes melibatkan warganegara, 1,413 kes melibatkan bukan warganegara termasuk tujuh kes import di mana tiga kes melibatkan warganegara dan empat kes bukan warganegara.

Kes sembuh, menurut Noor Hisham juga meningkat berbanding kelmarin kepada 5,709 semalam.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.