Pengasas Sugarbook ditahan semula bantu siasatan kes rogol

116

18 FEB: Hanya beberapa jam dibebaskan dengan jaminan polis selepas mahkamah tidak membenarkan tahanan reman terhadapnya, pengasas sugarbook ditahan semula oleh polis hari ini bagi membantu siasatan kes rogol dan kegiatan pelacuran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, pihaknya telah menahan semula lelaki berusia 34 tahun itu berikutan terdapat laporan yang dibuat seorang pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

“Laporan berhubung perkara tersebut dikatakan berlaku di Subang Jaya pada Februari 2019.

“Lelaki ini telah ditahan bagi membantu kes yang disiasat dibawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol dan Seksyen 372 kanun sama (kesalahan terbabit dalam kegiatan pelacuran),” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, lelaki warga tempatan merupakan usahawan itu dibebaskan tanpa reman selepas permohonan itu ditolak Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Noorasyikin Sahat.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata, pihak Pengarah Pendakwaan Selangor telah membuat permohonan semakan berhubung keputusan tersebut.

“Permohonan akan didengar di hadapan seorang hakim Mahkamah Tinggi Jenayah di Shah Alam pukul 9 pagi esok,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.