Jawatankuasa Khas Bebas Darurat adakan mesyuarat kali pertama

24

18 FEB: Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang berperanan menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar di Malaysia dan penamatannya mengadakan mesyuarat pertamanya di Bilik Persidangan ICU, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Jawatankuasa tersebut menerusi kenyataan media memaklumkan mesyuarat yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria telah dihadiri oleh kesemua ahli yang telah dilantik selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Mesyuarat tersebut yang diadakan dilaksanakan secara fizikal dan sidang video itu telah menerima tiga pembentangan iaitu pertama adalah daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Parlimen) berhubung pengurusan darurat manakala berhubung Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP telah dibentang oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Dan yang terakhir, jawatankuasa itu turut mendengar taklimat daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung status penularan wabak COVID-19. 

“Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang seterusnya dijadualkan pada 23 Febuari hadapan yang akan dimulakan pada jam 2.30 petang,”katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.