Farhash Perlu Mohon Maaf Tuduh Pengamal Media Penipu

154

18 FEB: Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal perlu mengemukan permohonan maaf atas tuduhan mengatakan media menipu fakta berhubung penahanan pegawai kanan bekas Menteri Air, Tanah Dan Sumber Mineral, Datuk Dr. Xavier Jayakumari oleh SPRM kelmarin.

Bekas Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Badrul Hisham Shaharin berkata, Farhash dilihat cuba untuk menegakkan benang yang basah yang mendakwa pegawai kanan Xavier yang juga pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak itu tidak melakukan rasuah seperti didakwa oleh media.

“Namun lewat semalam apabila SPRM mengeluarkan kenyataan rasmi mengakui memang sah ada nilai duit tunai berjuta dirampas malah kereta mewah dan akaun nilai RM77juta turut dibekukan dan semuanya diakui ada kaitan dengan Menteri PH – PKR.

BADRUL HISHAM

“Farhash harus minta maaf atas keceluparan menyerang termasuk menyebut organisasi media dan penulisnya yang menulis sebagai menipu dan berniat jahat

“Inilah cara jahat dan samseng PKR yang langsung tidak menghormati media. Mereka sanggup menipu bagi melindungi jenayah sesama mereka,” dakwanya.

Semalam, PN BBC melaporkan SPRM telah merampas wang tunai berjumlah RM1.2 juta dipercayai wang rasuah disimpan di rumah dan pejabat proksi kepada pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak.

Turut dirampas ialah sebuah kereta mewah digunakan bekas menteri itu sebagai kenderaan rasmi dan dipercayai milik salah seorang pengarah syarikat yang diluluskan projek berkenaan.

Beberapa akaun syarikat dan individu berjumlah RM77 juta turut dibekukan untuk tujuan siasatan.

Selain suspek, turut ditahan di sekitar Ipoh semalam ialah dua pengarah syarikat.

Namun, Farhash Wafa yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu menafikan laporan yang mendakwa pemimpin kanan Perak itu ditahan ekoran memiliki wang tunai berjumlah jutaan ringgit.

Beliau mendakwa kononnya tiada aset atau wang tunai berjumlah berjuta ringgit yang telah dirampas sebaliknya wang sejumlah RM17, 000 dalam denominasi kecil telah diambil untuk siasatan dan kereta yang disita bukanlah milik suspek yang ditahan SPRM  tetapi oleh seorang kenalan yang menumpang tempat.

Bagaimanapun, dakwaan Farhash itu terbukti tidak benar apabila SPRM semalam menerusi kenyataan media telah mengesahkan penahanan dan rampasan wang tunai berjumlah RM1.2 juta itu – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.