Enam ditahan hasilkan vaksin Covid-19 palsu di Mexico

14

18 FEB – Seramai enam individu ditahan di Nuevo Leon, Mexico setelah didapati menghasilkan vaksin Covid-19 yang palsu, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Vaksin palsu telah dirampas di Nuevo Leon. Penggunaan imunisasi jenis ini membahayakan kesihatan masyarakat,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Keselamatan dan Perlindungan Orang Awam Mexico.

Kementerian berkenaan juga meminta rakyat Mexico berwaspada dan hanya mendapatkan vaksin di pusat dan hospital negeri.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak Covid-19 sebagai pandemik pada 11 Mac.

Sehingga kini, lebih 109.87 juta penduduk dunia telah dijangkiti virus itu, dengan lebih 2.42 juta kematian, menurut Johns Hopkins University.

Mexico setakat ini mengesahkan lebih dua juta kes Covid-19 dengan lebih 175,000 kematian.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.