Polis buru pengasas produk kecantikan cium budak lelaki

133

17 FEB : Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu seorang lelaki pengasas produk kecantikan bagi membantu siasatan berhubung videonya yang tular di media sosial kerana mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki.

Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak Bukit Aman (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Siti Kamsiah Hassan berkata pihaknya juga kini sedang mengesan kanak-kanak berkenaan di samping saksi kejadian bagi membantu siasatan.

“Siasatan kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan,” katanya, hari ini.

Terdahulu, video berkenaan tular menerusi media sosial sejak semalam apabila seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak yang didakwa sebagai adik angkat lelaki itu.

Menerusi carian pengguna media sosial, pengasas produk kecantikan tersebut telah memuat naik beberapa video yang memaparkan perilaku sedemikian menerusi akaun TikTok miliknya namun kini sudah dinyahaktifkan olehnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.