AS, Britain kutuk tindakan junta Myanmar

19

17 FEB: Amerika Syarikat (AS) dan Britain mengutuk tindakan junta Myanmar yang membuat tuduhan luar biasa terhadap Kaunselor Negara, Aung San Suu Kyi selain memutuskan jaringan internet buat malam ketiga berturut-turut bagi menyekat kebangkitan rakyat.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price, berkata kerajaan negara memberi respons ‘terganggu’ dengan berita mengenai tuduhan itu dan menggesa Suu Kyi dilepaskan.

“Kami menggesa tentera Myanmar melepaskan semua orang awam, pemimpin politik, wartawan dan aktivis hak manusia dan ahli masyarakat awam lain yang ditahan secara tidak adil dibebaskan dan mengembalikan kerajaan yang dipilih secara demokratik,” katanya kepada wartawan.

Memetik laporan AFP, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson juga mengutuk dengan menyatakan tuduhan terhadap Suu Kyi sebagai ‘dibuat-buat’ dan ‘jelas pencabulan terhadap hak kemanusian’.

“Kami berdiri dengan rakyat Myanmar dan akan memastikan mereka yang bertanggungjawab dalam rampasan kuasa ini diambil tindakan,” ciapnya dalam Twitter.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.