2,998 kes baharu, kes kematian lepasi angka 1,000

21

17 FEB : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan sebanyak 2,998 kes baharu jangkitan COVID-19, sedikit meningkat berbanding menjadikan jumlah kumulatif kes jangkitan di negara ini meningkat sebanyak 272,163 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,578 kes melibatkan warganegara, 1,413 kes melibatkan bukan warganegara termasuk tujuh kes import di mana tiga kes melibatkan warganegara dan empat kes bukan warganegara.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,382 kes (46.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,092 kes (79.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 436 kes (14.5 peratus) dan Negeri Sembilan sebanyak 233 kes (7.8 peratus).

“Sebanyak 103 kes (3.4 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan lokap yang membabitkan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (48 kes), Kluster Tembok Bendera (22 kes), Kluster Tembok Tapah (12 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (7 kes), Kluster Penjara Sungai Jelok (7 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (4 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes), Kluster Tembok Mempaga (1 kes), dan Kluster Matambai (1 kes),” ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kes sembuh menurut Dr Noor Hisham juga meningkat berbanding semalam kepada 5,709 kes hari ini.

“Kes aktif kebolehjangkitan pula ada sebanyak 41,369 kes manakala sebanyak 231 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan sebanyak 115 kes pula memerlukan bantuan pernafasan

“Kes kematian hari ini adalah sebanyak 22 kes menjadikan jumlah kumulatif kematian akibat jangkitan COVID-19 di negara ini adalah sebanyak 1,005 kes.

“Kes kematian hari ini melibatkan lapan kes di Selangor, empat kes di Sabah, tiga kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, masing-masing dua kes di Sarawak dan Perak, serta satu kes di Negeri Sembilan, Kedah, dan Johor. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.