Wanita pertama ketuai WTO

22

16 FEB: Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) semalam mengumumkan pelantikan pakar ekonomi Nigeria, Ngozi Okonjo-Iweala, sebagai wanita pertama dan calon berketurunan Afrika pertama sebagai ketua pengarahnya.

Ditubuhkan pada Januari 1995 sebagai pemudah cara kegiatan perdagangan global, ia turut mengawal selia perjanjian perdagangan dalam kalangan ahlinya.

Sebelum ini, WTO diketuai enam lelaki iaitu tiga dari Eropah serta masing-masing seorang dari New Zealander, Thailand dan wakil Brazil, Roberto Azevedo, yang meletak jawatan setahun lebih awal atas sebab peribadi.

Pertubuhan berpusat di Geneva itu mempunyai 164 ahli, yang melantik ketua pengarahnya setiap empat tahun sekali secara konsensus dfengan setiap anggota mempunyai kuasa veto.

Sebagai ketua WTO, Okonjo-Iweala terpaksa menangani isu krisis ekonomi global selain isu keyakinan terhadap multilateralisme dan liberalisasi perdagangan yang banyak dipengaruhi perang dagangan antara China dan Amerika Syarikat (AS).

WTO juga terpaksa berusaha membina semula sistem penyelesaian pertikaian, yang sebelum ini ditolak oleh AS di bawah pentadbiran bekas Presiden, Donald Trump. – AFP

Get real time updates directly on you device, subscribe now.