SOP haji ikut syarat kerajaan Arab Saudi

75

16 FEB : Prosedur operasi standard (SOP) ibadah haji perlu dikemas kini mengikut keperluan dan syarat kerajaan Arab Saudi

Menteri Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, perkara itu bagi memastikan jemaah haji negara ini tidak terkandas dan dihalang mengerjakan rukun
Islam kelima itu pada tahun ini.

“SOP sudah siap bagi pihak kita tapi kita juga perlu melihat di sebelah sana (Arab Saudi) untuk lebih kemas kini lagi dan kita akan baiki dari semasa ke semasa.

“Bagi pihak kita, kita akan melihat SOP di sebelah sana (Arab Saudi) kemudian barulah kita garispandukan SOP tersebut supaya tak timbul lagi isu tak boleh masuk, tak boleh guna SOP,” katanya kepada pemberita di Kompleks Islam hari ini.

Terdahulu Zulkifli menyerahkan bantuan Program Musa’adah Covid-19 kepada 200 penerima daripada golongan berpendapatan rendah (B40) termasuk 10 kakitangan sokongan di bawah agensi Jabatan Kemajuan Islam Malaysi (JAKIM).

Menurut Zulkifli, SOP yang dirangka oleh JAKIM, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Kesihatan Malaysia itu kemudian perlu diserahkan kepada Kerajaan Arab Saudi untuk penelitian dan penilaian sebelum ia dimuktamadkan.

ZULKIFLI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.