PKPD empat lokaliti di tiga negeri tamat hari ini

63

16 FEB: Kerajaan hari ini ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat lokaliti berbeza di Pahang, Perak, Terangganu ditamatkan hari ini.

Empat kawasan PKPD berkenaan ialah PKPD Kompleks Penjara Bentong Dan Kuarters Kakitangan, Bentong, Pahang; PKPD Felda Lasah dan Kg. Besi Api, Kuala Kangsar, Perak; PKPD Felda Tersat dan PKPD Tapak Bina Kuarters TNB Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu.

Menteri Kanan Pertahan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan sebelum ini telah melaksanakan PKPD di Kompleks Penjara Bentong dan Kuarters Kakitangan, Bentong, Pahang yang dijadualkan tamat pada 22 Februari 2021.

Malah, Ismail Sabri berkata sehingga kini Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 2,497 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 760 kes positif COVID-19 telah dilaporkan.
 
“Bagaimanapun, KKM mengesahkan baki kes di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal. Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di kawasan terbabit pada 17 Februari 2021 lebih awal daripada yang dijadualkan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan bersetuju menamatkan PKPD Felda Lasah dan Kg. Besi Api, Kuala Kangsar, Perak lebih awal selepas KKM telah selesai melaksanakan 271 ujian saringan dan daripada jumlah itu sebanyak 7 kes positif COVID-19 telah dilaporkan.

“KKM mengesahkan baki kes di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal. Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam
Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di kawasan berkenaan pada 17 Februari 2021 seperti dijadualkan,” katanya.

Katanya, PKPD Felda Tersat Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu juga ditamatkan mengikut jadual pada 17 Februari ini selepas KKM melaksanakan 604 ujian saringan dan daripada jumlah itu, sebanyak 21 kes positif COVID-19 telah dilaporkan di lokaliti ini.

Beliau berkata KKM mengesahkan tiada lagi sampelsaringan yang sedang menunggu keputusan dan kes positif terakhir yang dilaporkan adalah pada 9 Februari 2021 iaitu sebanyak 5 kes.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Felda Tersat Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu pada 17 Februari 2021 seperti yang dijadualkan.

“Penamatan PKPD Tapak Bina Kuarters TNB Kuala Berang, Hulu Terengganu, pula dibuat selepas KKM telah melaksanakan 121 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 16 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
 
“KKM mengesahkan kesemua kes positif telah dimasukkan ke PKRC untuk rawatan dan tiada lagi kes baharu yang dilaporkan di lokaliti ini.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Tapak Bina Kuarters TNB Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu pada 17 Februari 2021 seperti yang dijadualkan,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri juga mengumumkan kerajaan akan melaksanakan PKPD di Kampung Sungai Maong, Bahagian Kuching, Sarawak mulai 17 Februari hingga 2 Mac ini berikutan peningkatkan kes Covid-19 di kawasan terbabit.

Sidang Khas hari ini bersetuju bahawa syarat pergerakan dalam radius 10 kilometer DIBATALKAN berkuatkuasa hari ini. Ini bermaksud pergerakan dalam daerah yang sama adalah dibenarkan.

Bagaimanapun, pergerakan rentas daerah dan rentas negeri di kawasan PKP, PKPB dan PKPP masih tidak dibenarkan. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.