Kadar kebolehjangkitan COVID-19 kini kurang daripada 1

35

16 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan semua negeri menunjukkan perkembangan baik dengan kadar kebolehjangkitan (Rt) kurang daripada 1 seperti diunjurkan Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia dapat dilihat apabila kes harian COVID-19 menunjukkan penurunan.

“Nilai Rt di seluruh negara ialah 0.88, manakala di Selangor mencatatkan nilai Rt 0.89 dan Sabah pula kini menunjukkan penurunan iaitu 0.77. Kita sasarkan Sabah dapat mencapai nilai Rt 0.5.

“Labuan pula nilai Rt sudah mencecah 0.59 dan ini adalah perkembangan yang baik. Diharapkan Labuan dapat kekalkan nilai kebolehjangkitan pada paras berkenaan.Di Putrajaya nilai Rt adalah 0.79, diikuti Terengganu iaitu 0.88.

“Kes makin menurun serta kadar kebolehjangkitan semakin menurun. Ini adalah sasaran kita bagi mencapai sasaran di bawah 0.5 namun orang ramai kekal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian COVID-19,” ” katanya menerusi sidang media di KKM Putrajaya, hari ini

Sementara itu, beliau menasihatkan orang awam dinasihatkan mendapat pandangan dan maklumat sahih berkaitan vaksin COVID-19 daripada pakar.

Tambah beliau, setiap perkara dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) berkaitan COVID-19 berlandaskan bukti saintifik termasuk melihat kajian fasa ketiga setiap vaksin yang mahu mendapatkan kelulusan bersyarat.

“Setiap pemerhatian itu juga melihat keberkesanan serta tahap keselamatan calon vaksin sebelum penggunaannya dibenarkan dan KKM juga bersedia menerima sebarang pandangan daripada semua pihak berkaitan COVID-19 termasuk mengenai vaksin.

“Akhir-akhir ini ramai yang memberikan pandangan mengenai vaksin melalui pelbagai saluran media terutama media sosial. Setiap individu ada pandangan masing-masing

“Tetapi yang penting ialah untuk mendapatkan pandangan daripada pakar… maklumat sahih supaya kita dapatkan maklumat terkini mengenai vaksin itu,” katanya – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.