5,718 kes sembuh, rekod tertinggi sepanjang pandemik

17

14 FEB: Sebanyak 5,718 kes pulih daripada jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, sekali gus menjadi jumlah kes sembuh harian tertinggi sejak wabak itu melanda negara, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 224, 053 kes. 

Kes kematian juga turut mencatatkan penurunan sebanyak lapan orang yang direkodkan setakat jam 12 tengahari ini berbanding 10 kematian yang dicatatkan semalam dan menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian meningkat kepada 983 kes.

Walau bagaimanapun,Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes harian baharu COVID-19 di negara ini mencatatkan kenaikan dengan sebanyak 2,720 kes direkodkan hari ini, berbanding lebih 2,176 kes dilaporkan semalam.

“Selangor terus kekal sebagai penyumbang tertinggi kes jangkitan COVID-19 apabila mencatatkan sebanyak 1,300 kes, diikuti oleh negeri Johor sebanyak 451 kes dan Kuala Lumpur sebanyak 318 kes.

“Daripada jumlah 2,720 kes harian itu, tiada kes import dilaporkan hari ini. Sebanyak 1,300 kes melibatkan warganegara iaitu bersamaan 51.1 peratus manakala 1,329 kes pula melibatkan bukan warganegara. 

“Seramai 253 pesakit Covid-19 menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 118 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya menerusi sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya, hari ini. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.