19 Kluster Baharu Dikesan, 14 daripadanya babit tempat Kerja

22

16 FEB: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 19 lagi kluster baharu Covid-19 di Johor, Selangor, Sabah, Perak, Kuala Lumpur, Pahang, Kedah dan Sarawak. 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, lima daripada jumlah kluster itu membabitkan negeri Sarawak iaitu Gelong, Kidurong Dua, Kampung Sungai Maong,Univistaa dan Jalan Geronggang. 

Menurut beliau, bagi enam kluster baharu lain pula adalah Simpang Tiga, Sabah; Jalan Apas Empat, Sabah; Tapak Bina Jalan Segambut, Kuala Lumpur; Jengka Tujuh, Pahang; Jalan Day, Kedah dan  Jalan Kayu Manis Perak. 

“Empat lagi kluster adalah di Johor iaitu Package Pengerang, Wawasan Kulai, Industri Cyber, dan Jalan Pelepas Empat manakala selebihnya di Selangor iaitu Rawang Bestari, Jalan Industri Dua Belas, Jalan Industri Tiga dan Jalan Lazuardi. 

“Ia membabitkan 14 kluster berkaitan tempat kerja serta empat kluster komuniti, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi yang menjadikan kini jumlah kluster aktif sebanyak 499 kluster,” katanya menerusi sidang media hari ini. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.