Sektor tempat kerja lubuk peningkatan kluster baharu

184

15 FEB: Pembukaan pasar raya, tapak pembinaan dan pejabat terus menjadi ‘lubok’ utama penularan Covid-19 di Malaysia apabila 10 daripada 13 kluster baharu dikesan hari ini adalah berkaitan tempat kerja, manakala selebihnya masing-masing satu di pusat tahanan, dalam komuniti dan kumpulan berisiko tinggi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dengan pertambahan 13 kluster baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster Covid-19 dikesan Malaysia sekarang ialah 996 kluster termasuk 507 kluster sudah tamat dan 489 masih aktif dengan kebolehjangkitan.

Beliau berkata lapan kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Jalan Sibuga, Kluster Taman Tasik Sungai Chua, Kluster Jalan Bukit Bendera, Kluster Lumut Barat, Kluster Pagar Siput, Kluster Kampung Renok, Kluster Sungai Redan, dan Kluster Bah Manggis.

“Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini ialah 68 kluster manakala kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Jalan Senai Utama (131 kes), Kluster Tanjung Suria (68 kes), dan Kluster Tembok Bendera (40 kes),” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata Kluster Jalan Bursa melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor dengan kes positif  COVID-19 mulai dilaporkan bermula pada 4 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat yang terletak di Jalan Bursa, Shah Alam.

Beliau berkata sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 66 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Katanya, Kluster Jalan Kepong melibatkan daerah Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Kepong, Ijok, Kuala Selangor.

Katanya, sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini. – Oleh Haika Khazi

Berikut adalah senarai 11 lagi Kluster Baharu Covid-19 dikesan hari ini.

KLUSTER JALAN TIGA BELAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Kuala Selangor di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 30 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan 13/6, Petaling Jaya. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 120 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN CHERAS

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-264397) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat jagaan yang terletak di Jalan Cheras, Kajang. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 182 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN TROPICANA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 5 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Mutiara Tropicana, Petaling Jaya. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 73 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN SENAI UTAMA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Mukim Senai, Kulai. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 414 individu telah disaring, di mana 131 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN JINJANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di WP Kuala Lumpur. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang yang terletak di Jalan Jinjang Aman, Kepong. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN MUTIARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-257703) dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Februari 2021 hasil saringan kemasukan ke hospital. Kluster ini melibatkan sebuah tapak binaan yang terletak di Persiaran Bayan Mutiara, Timur Laut. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 21 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER JALAN BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-244899) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Baru, Perai. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 73 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER GUNTONG DALAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Setiu dan Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-248282) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah syarikat yang terletak di Bandar Jerteh, Besut. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Guntong Dalam, Setiu. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 293 individu telah disaring, di mana 43 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER PENGKALAN TERAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Besut di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-245538) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Pengkalan Teras, Besut. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 237 individu telah disaring, di mana 29 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TEKNOLOGI LOT ENAM

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Melaka Tengah, Jasin, dan Alor Gajah di Melaka. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-254857) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja kilang yang terletak di Lot 6, Batu Berendam, Melaka Tengah. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 300 individu telah disaring, di mana 24 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

KLUSTER TEMBOK TAPAH

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Batang Padang di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-247782) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat tahanan yang terletak di Jalan Tapah, Batang Padang. Sehingga 15 Februari 2021, sejumlah 191 individu telah disaring, di mana 64 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.