RUU gangguan seksual dijangka siap Mac

52

15 FEB: Rang undang-undang (RUU) berkaitan gangguan seksual dijangka siap Mac ini dan dijangka akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, draf Rang undang-undang (RUU) berkaitan gangguan seksual dijangka siap Mac ini.

Katanya, draf tersebut kini pada peringkat akhir bagi penelitian Jabatan Peguam Negara  dan dijangka dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Persidangan Parlimen sepatutnya bermula Mac ini tetapi  ditangguhkan susulan pengisytiharan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 12 Jan sehingga 1 Ogos tahun ini.

Dalam masa sama katanya, usaha-usaha kesedaran dan pendidikan tentang gangguan seksual terus digerakkan oleh semua agensi di bawah kementerian ini

Beliau memberitahu media selepas melawat pusat rujukan khidmat sosial golongan gelandangan, Anjung Singgah di Jalan Hang Lekiu, di ibu negara malam tadi.

Rina turut memberi jaminan rang undang-undang itu nanti akan bersifat holistik dalam membendung isu berkaitan gangguan seksual yang tidak terhad terhadap gangguan di tempat kerja semata-mata.

Beliau mengulas desakan beberapa pihak termasuk bekas menteri kementerian itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mempercepatkan pembentangan rang undang-undang tersebut.

Desakan itu berikutan terdapat dakwaan insiden gangguan seksual baru-baru ini melibatkan anggota polis.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.