Penduduk Myanmar buat rondaan, pastikan tiada rakyat ditahan

43

15 FEB : Semenjak tentera mengambil alih pemerintahan di Myanmar, regim baharu itu telah menahan ratusan orang yang bertindak memprotes rampasan kuasa tersebut.

Sebagai tindak balas penahanan orang awam oleh pihak Junta Myanmar, penduduk di negara tersebut berpakat untuk membuat rondaan malam demi memastikan tidak ada rakyat yang ditahan Junta di waktu malam.

Salah seorang penduduk, Myo Ko Ko, mengakui berasa gentar dengan pasukan bersenjata, namun akan tetap membantu.

“Kami akan terus melakukan rondaan pada setiap malam. Kami tidak boleh membiarkan sesiapa ditahan,” katanya yang membantu mengawal jalan di Yangon.

Banyak juga khabar angin mengenai desas desus yang semakin berlegar di media sosial, mendakwa tahanan yang dibebaskan ‘dihantar’ ke komuniti untuk melakukan kekacauan.

Junta Myanmar minggu lalu membebaskan lebih 23,000 tahanan.

Walaupun pengampunan besar-besaran bagi mengurangkan kesesakan penjara boleh berlaku, namun ada kumpulan hak asasi mengesyaki pembebasan itu adalah untuk memberi ruang kepada kumpulan penentang tentera.

Kehadiran kenderaan berperisai di sekitar bandar utama di Myanmar adalah bagi menimbulkan ketakutan, selain kemudahan talian internet diputuskan pada awal pagi tadi.

Desas-desus berhubung ‘gangguan’ di pusat bandar itu tersebar di media sosial, bersama dengan kemarahan orang ramai kerana diyakini ia adalah kempen yang sengaja dilakukan untuk menimbulkan ketakutan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.