Bayi kembar dilarikan kumpulan monyet, seorang maut

77

15 FEB: Seorang bayi perempuan berusia lapan hari maut selepas dilarikan sekumpulan monyet di bandar Thanjavur, Tamil Nadu, India.

India Today melaporkan, kejadian berlaku pada Sabtu lepas ketika bayi malang itu dan kembarnya sedang tidur di rumah.

Ibu mereka, Buvaneswari hanya menyedari kejadian apabila mendapati anak kembarnya tiada di tempat tidur.

Wanita yang mencari kedua-dua bayinya itu terkejut dan menjerit apabila mendapati beberapa monyet di bumbung rumahnya.

Dipercayai kumpulan monyet itu bertindak masuk ke dalam rumah melalui bumbung dan melarikan kedua-dua bayi berkenaan.

Jiran yang terdengar jeritan Buvaneswari bergegas membantu, namun hanya berjaya menyelamatkan salah seorang bayi kembar itu yang ditinggalkan di atas bumbung.

Mayat seorang lagi bayi yang dilarikan monyet dijumpai dekat sebuah parit di bandar itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.