Laman Facebook NGO Palestin kena sekat

73

14 FEB: Facebook telah menyekat laman Facebook milik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif memperjuangkan hak rakyat Palestin untuk menikmati kemerdekaan di tanah air sendiri.

Memetik laporan Palestinian Information Center, Persatuan Cendekiawan Palestin (PSA) menyifatkan tindakan itu seolah-olah menguntungkan Zionis.

“Penutupan laman PSA adalah sebahagian daripada kempen sistematik Facebook yang menyasarkan kandungan berkaitan Palestin.

“Tindakan itu hanya menguntungkan projek Zionis yang berlandaskan kepada keganasan dan pendudukan tanah Palestin,” kata jurucakap PSA, Hafid al-Karmi dalam kenyataan media.

Beliau turut menganggap sekatan terhadap laman itu sebagai satu cubaan untuk menghalang kebenaran yang menjadi teras paling penting dalam pertempuran melawan Zionis.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.