Jangan biarkan pelajar wanita IPT terus hanyut

98

14 FEB: UMNO meluahkan kebimbangan terhadap laporan yang mendakwa Malaysia malah dikatakan berada pada kedudukan tertinggi Asia bagi mahasiswa mendapatkan ‘sugar daddy’ atau menjadi wanita simpanan.

Oleh itu, Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata mengharapkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) cakna mengenai masalah sosial itu dan mengesahkan akan mengadakan pertemuan bersama Menterinya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Beliau turut mengharapkan pihak berkaitan dan pihak berkuasa agama dapat menyiasat dan menyelamatkan pelajar-pelajar yang beragama Islam.

“Jika benar disebabkan desakan wang, JAKIM, Jabatan Agama Islam negeri, pusat zakat dan baitulmal mungkin boleh menyalurkan bantuan kewangan.

“Bantu mahasiswa dan jangan biarkan mereka hanyut,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, hari ini.

Baru-baru ini, Malaysia telah dikategorikan pada kedudukan ketiga tertinggi Asia bagi jumlah “sugar daddy” melalui aplikasi Sugarbook, sebuah aplikasi tidak bermoral yang menyediakan platform bagi mereka mencari wanita-wanita untuk dijadikan perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai “sugar baby”.

Negara ini turut digemparkan dengan statistik seramai 12,705 pelajar IPT awam dan swasta di lembah klang berdaftar dengan aplikasi tersebut untuk mencari “sugard addy”.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memberitahu perkara ini bukan saja memperlihatkan keruntuhan moral, malah bertentangan dengan hukum syarak bagi mereka yang beragama Islam.

“Saya tidak berhasrat mencari salah sesiapa dalam soal ini kerana yang paling utama menyelamatkan generasi masa depan negara ini.

“Namun laporan media menyebut peningkatan lebih 40 peratus pendaftaran mahasiswa mencari ‘sugar daddy’ berlaku selepas PKP 1.0, PKPB, PKPP dan PKP 2.0.

“Mungkin disebabkan desakan hidup dan ekonomi ekoran pandemik Covid-19 punca utama mahasiswa terbabit bertindak sedemikian,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.