4,525 kes sembuh, tertinggi sejak COVID-19 melanda

41

14 FEB: Sebanyak 4,525 kes pulih daripada jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, sekali gus menjadi jumlah sembuh harian tertinggi sejak wabak itu melanda negara.

Bukan setakat itu sahaja, kes harian baharu COVID-19 di negara ini turut mencatatkan penurunan mendadak dengan sebanyak 2,464 kes direkodkan hari ini, berbanding lebih 3,000 kes dilaporkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh meningkat kepada 213,814 kes.

TAN SRI DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Walau bagaimanapun, kes kematian meningkat sebanyak tujuh orang yang direkodkan setakat hari ini berbanding lima kematian yang dicatatkan semalam.

“Daripada jumlah itu, tiga kes import dan 2,461 kes membabitkan penularan tempatan.

“Seramai 260 pesakit Covid-19 menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 111 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan,” katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini

COVID-19

Tambah beliau, jumlah itu menjadikan keseluruhan kes kematian meningkat kepada 965 kes iaitu 0.40 peratus. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.