4 gempa bumi dikesan seluruh dunia semalam

192

14 FEB: Sebanyak empat gempa bumi telah dikesan di seluruh dunia berhampiran Jepun, Indonesia dan China semalam.

Gempa bumi kuat telah berlaku berhampiran Pantai Timur Honshu, Jepun pada jam 10.07 malam tadi.

Jabatan Meterologi berkata, kejadian berlaku di koordinat 37.7° Utara dan 141.8° Timur, 99 kilometer (km) dari tenggara Sendai.

Kekuatan gempa bumi adalah 6.8 skala Richter dengan kedalaman 57 km.

Selain itu, gempa bumi sederhana telah berlaku di Barat Daya Sumatera, Indonesia pada jam 12.30 tengah hari, semalam.

Kejadian berlaku 251 km dari barat Lampung di koordinat : 6.7° Selatan dan 103.4° Timur.

Kekuatan gempa bumi adalah 5.2 skala Richter dengan kedalaman 54 km.

Dalam masa 12 minit sebelumnya, gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.0 skala Richter dan kedalaman 49 km dikesan di lokasi sama.

Sementara itu, gempa bumi kuat 6.3 skala Richter dan kedalaman 86 km telah berlaku di rantau sempadan Tajikistan-Xinjiang pada jam 1.01 pagi, semalam.

Kejadian berlaku 394 km dari timur laut Taloqan, Afghanistan di koordinat 38.1° Utara dan 73.6° Timur

Keempat-empat gempa bumi itu tidak memberi ancaman tsunami kepada Malaysia. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.