Video Fitnah : Ismail Sabri buat laporan polis

69

13 FEB: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berharap polis dapat jalankan siasatan terperinci berhubung penyebaran dua klip video pendek oleh individu tertentu yang berniat jahat dan mahu menjejaskan reputasinya.

Berikutan itu, satu laporan dibuat Setiausaha Akhbarnya, Azlina Md Rosdy di Ibu Pejabat Polis Dang Wang hari ini bagi meminta polis menjalankan siasatan lanjut terhadap penyebaran klip video terbabit.


Sementara itu Ismail Sabri dalam satu kenyataan menjelaskan beliau membuat laporan polis terhadap kedua-dua video ini adalah bagi menghentikan penularan fitnah terhadapnya.


“Implikasi daripada penyebaran video ini boleh menyebabkan timbulnya kemarahan rakyat sekaligus menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan rakyat kepada saya. 

“Penyebaran video ini ternyata berniat jahat kerana dikatakan video terbaru sewaktu PKP,” katanya dalam kenyataan diedarkan kepada pemberita di perkarangan IPD Dang Wang di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Terdahulu, dalam kenyataan media dibacakan oleh Azlina, Ismail Sabri berkata beliau membuat laporan polis selepas mendapati tular di media sosial  dua video pendek yang dilihat bukan sahaja cuba merosakkan nama saya tetapi juga cuba menimbulkan keadaan huru-hara antara kaum. 


Ismail Sabri berkata video pendek yang pertama adalah ketika saya membuat sidang media harian berkaitan COVID-19 pada 14 Februari 2020.

“Video tersebut ditularkan kononnya ia adalah sidang media terbaru dan ia seakan bertujuan mengelirukan rakyat kononnya tiada lagi saman dan kompuan akan dikenakan sekiranya melanggar SOP sebaliknya rakyat akan terus dipenjarakan.

“Video tersebut adalah video lama dan kerajaan telah melakukan pelbagai penambahbaikkan  dalam pelaksaan SOP,” katanya.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata video kedua yang tular dan diberi tajuk “SENDIRI BUAT SOP SENDIRI LANGGAR” sebenarnya adalah rakaman di mana saya hadir dalam satu majlis santai bersama penggiat seni tanah air sempena Kempen Tabung Hari Pahlawan pada 16 September 2020.

Katanya, video tersebut dengan sengaja disebarkan kononnya majlis itu adalah sambutan Tahun Baru Cina.

“Ingin saya tegaskan bahawa majlis tersebut diadakan ketika dalam pelaksanaan PKPP. Dalam pelaksanaan PKPP, majlis perkahwinan juga dibenarkan temasuklah majlis-majlis lain. Maka, tiada pelanggaran SOP yang berlaku,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.