Angka kematian menurun, kes baharu kekal lebih 3,000

19

13 FEB: Kes kematian akibat jangkitan COVID-19 hari ini menurun kepada lima kes sahaja berbanding 17 kes semalam, menjadikan jumlah kumulatif kematian meningkat sebanyak 958 kes.

Manakala angka kes harian jangkitan virus COVID-19 kekal lebih 3,000 ke atas, di mana Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sebanyak 3,499 kes baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata sehingga hari ini, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 adalah 261,805 kes, manakala kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 51,558 kes.

Menurut beliau, Selangor terus kekal mencatatkan bilangan kes COVID-19 harian baharu tertinggi iaitu 1,345, dikuti oleh Johor sebanyak 802 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 511 kes yang direkodkan di negara ini setakat tengah hari tadi.

“Daripada jumlah kes baharu berkenaan, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 3,498 kes.

“Kes yang mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi pula meningkat kepada 263 kes berbanding 258 kes semalam, dan kes yang memerlukan bantuan pernafasan pula adalah sebanyak 118 kes,” katanya menerusi kenyataan di Facebook miliknya hari ini.

Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 3,515 kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 209,298.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.