Peluru berpandu, dron milik Houthi serang Arab Saudi

68

12 FEB: Pemberontak Houthi yang berpangkalan di Yaman meneruskan serangan terhadap Arab Saudi sehari selepas mereka menyerang Lapangan Terbang Abha yang menyebabkan sebuah pesawat penumpang terbakar.

Memetik laporan AFP, tentera Arab Saudi berjaya memintas peluru berpandu dan dua dron yang dilancarkan oleh kumpulan pemerontak tersebut.

Sebuah dron pemberontak awal pagi semalam menyasarkan bandar pengawal selatan Khamis Mushait yang menempatkan pangkalan udara utama, tetapi dimusnahkan sebelum tiba di lokasi sasaran.

Beberapa jam selepas itu, Arab Saudi menyatakan ia memintas peluru berpandu balistik pemberontak yang dilancarkan ke arah Khamis Mushait dan satu lagi dron yang sarat dengan bahan letupan yang menyasarkan wilayah selatan negara berkenaan.

Gabungan tentera yang diketuai Arab Saudi itu tidak menyatakan nilai kerugian atau kerosakan akibat serangan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.