Harga petrol, diesel naik mula 13 Februari

32

12 FEB: Harga runcit petrol dan diesel di seluruh negara masing-masing meningkat 3 sen dan 4 sen seliter mulai esok hingga 19 Februari.

Perkara itu dinyatakan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan, hari ini.

Harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM2.23 seliter kepada RM2.26 seliter.

Harga runcit petrol RON95 naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM1.93 seliter kepada RM1.96 seliter.

Harga runcit diesel naik sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM2.11 seliter kepada RM2.15 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” jelas kenyataan itu. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.