83 kluster lapor pertambahan kes, Jalan Seelong tertinggi

34

12 FEB : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan 14 lagi kluster baharu di mana 13 daripadanya membabitkan tempat kerja dan satu kluster membabitkan komuniti, menjadikan jumlah kumulatif kluster setakat ini adalah sebanyak 962 kluster.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak 478 kluster telah ditamatkan, termasuk tujuh kluster hari ini.

“Kluster yang ditamatkan hari ini ialah Kluster Batu 39, Kluster Palut, Kluster Cergas, Kluster Tapak Bina Damai, Kluster Lingkaran Lintang, Kluster Ladang Matamba, dan Kluster Rengit Sentral.

“Manakala jumlah kluster yang masih aktif pula adalah sebanyak 484 kluster di mana 83 kluster daripada jumlah itu melaporkan pertambahan kes baharu.

“Antara kluster yang mencatatkan pertambahan kes tertinggi ialah Kluster Jalan Seelong (326 kes), Kluster Tanjung Suria (258 kes), dan Kluster Selambau (136 kes),” ujarnya menerusi satu kenyataan media harian COVID-19 hari ini.

Berikut adalah senarai kluster baharu yang dikesan KKM hari ini :

• Jalan Seelong (Johor-Tempat Kerja)
• Jalan Perindustrian Elektronik (Johor-Tempat Kerja)
• Jalan Besar Pontian(Johor-Tempat Kerja)
• Ladang Pekan (Johor-Tempat Kerja)
• Perindustrian Pelepas (Johor-Tempat Kerja)
• Jalan Jelapang (Perak-Tempat Kerja)
• Jalan Perusahaan Tiga (Perak-Tempat Kerja)
• Tapak Bina Damar (Selangor-Tempat Kerja)
• Taman Industri (Selangor-Tempat Kerja)
• Tapak Bina Pantai Dalam (WP Kuala Lumpur- Tempat Kerja)
• Selambau (Kedah-Tempat Kerja)
• Teknologi Berendam (Melaka-Tempat Kerja)
• Pangkal Changgong (Kelantan-Tempat Kerja)
• Kampung Teluk (Perak-Komuniti)

Get real time updates directly on you device, subscribe now.