680 individu langgar SOP, ramai tak patuh penjarakan

41

12 FEB: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 680 individu kerana melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, semalam termasuk 610 dikompaun, 59 direman manakala 11 lagi dijamin.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (146); rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (117); aktiviti pusat hiburan (106); tidak memakai pelitup muka (86) dan gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (64).

Ismail Sabri berkata, seramai 36 individu lain ditahan kerana melakukan kesalahan keluar rumah tanpa alasan munasabah; membawa penumpang berlebihan (25); premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (23) dan lain-lain (77).

Ismail Sabri Yaakob
ISMAIL SABRI YAAKOB

“Mereka ditahan oleh pasukan Task Force Operasi Pematuhan diketuai PDRM yang melakukan 68,385 pemeriksaan terhadap pemantauan dan penguatkuasaan pematuhan SOP PKP, di seluruh negara, semalam.

“Seramai 3,310 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,175 anggota telah membuat pemantauan di 6,014 buah restoran, pasar raya (4,335), bank (4,049), penjaja (2,347), kilang (1,671) dan pejabat kerajaan (889).

“Turut dipantau ialah 1,174 terminal pengangkutan darat, terminal pengangkutan air (235) dan terminal pengangkutan udara (97),” katanya dalam kenyataan media, hari ini..

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata pihak berkuasa juga menahan 21 pendatang tanpa izin (PATI) dan menyita 10 kenderaan darat dalam Ops Benteng di seluruh negara, semalam.

Dalam operasi itu, Ismail Sabri berkata pihak berkuasa turut mengesan 45 buah bot/kapal di perairan negara dan sebuah kenderaan darat melalui lima (5)
aktiviti penglihatan.

“Semalam, seramai 9,138 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu, 120 didapati positif COVID-19. Secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 362,067 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 16,520 majikan.

“Daripada jumlah ini, sebanyak 7,016 telah disahkan positif COVID-19 manakala 355,051 lagi adalah negatif. Sehingga kini juga, sebanyak 1,360 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.