Wanita tertua Eropah pulih COVID-19 sambut harijadi ke 117

23

11 FEB : Individu tertua di Eropah, Sister Andre, menyambut kelahirannya ke-117 hari ini selepas pulih daripada jangkitan COVID-19 bulan lalu.

Wanita yang hidup dalam tempoh dua perang dunia itu dirai dalam sambutan khas termasuk dijamu dengan sajian pencuci mulut kegemarannya, Baked Alaska.

Sister Andre atau nama sebenarnya Lucile Randon dilahirkan pada 11 Februari 1904,  tidak menyedari dirinya dijangkiti COVID-19 yang turut meragut 10 nyawa selepas virus itu menjangkiti 81 penghuni rumah jagaan di tenggara Toulon.

“Saya dimaklum bahawa saya dijangkiti. Saya sangat letih, itu benar, tetapi saya tidak menyedarinya,” kata Andre.

Jurucakap rumah jagaan Sainte-Catherine-Laboure, David Tavella, memberitahu Andre menempuh tiga pengasingan, di kerusi roda, di biliknya dan tanpa lawatan.

Andre memberitahu tidak akan melakukan sesuatu yang istimewa sempena ulang tahun kelahirannya ke-117 namun rumah jagaan itu merancang sambutan untuknya.

Beliau berfahaman Katolik dan memeluk Kristian pada usia 26 tahun sebelum menyertai anggota komuniti agama wanita, Daughter of Charity pada usia 41 tahun.

Andre kemudian ditugaskan ke sebuah hospital di Vichy dan bekerja selama 31 tahun di sana, kemudian menghabiskan 30 tahun di rumah jagaan di Pergunungan Alpen, Perancis sebelum berpindah ke Toulon.

Beliau adalah warga emas kedua tertua yang hidup di dunia, menurut Kumpulan Pengkaji Gerontology, selepas wanita Jepun, Kane Tanaka, berusia 118 tahun.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.