Solat fardu, Jumaat dibenarkan di Sabah mulai 12 Feb

72

10 FEB : Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata, solat fardu, solat Jumaat serta aktiviti keagamaan di semua masjid dan surau di Sabah dibenarkan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 12 Feb.

Menurut beliau dalam satu kenyataan hari ini, kebenaran itu bagaimanapun tertakluk kepada beberapa syarat termasuk tidak melebihi 15 orang dalam satu waktu bagi solat fardu berjemaah, manakala bagi solat Jumaat tidak melebihi 45 orang. 

“Aktiviti keagamaan di rumah-rumah ibadat yang lain dibenarkan dengan kapasiti satu pertiga keluasan tempat ibadat atau tidak melebihi 45 orang dalam satu-satu masa berkuat kuasa pada hari sama,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Beliau yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 itu berkata, kerajaan negeri turut bersetuju membenarkan aktiviti makan di restoran terhad kepada dua orang bagi satu meja berkuat kuasa hari ini selaras dengan keputusan Kerajaan Persekutuan.

“Bagaimanapun, warga emas dan kanak-kanak adalah tidak digalakkan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.