PAS berjaya buktikan kemampuan memerintah

101

10 FEB: Selepas hampir setahun menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN), PAS berjaya mematikan tuduhan dan momokan pihak lawan selama berpuluh tahun kononnya parti berasaskan Islam itu mustahil untuk memerintah.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, berkata ia juga menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa PAS hanya ‘Parti Lebai’ hanya mampu memerintah negeri-negeri di Pantai Timur yang miskin.

“Apa PAS lakukan selepas hampir setahun dalam kerajaan PN di Putrajaya? Jawapan paling asas, PAS berjaya mematikan tuduhan dan momokan pihak lawan sejak berpuluh tahun bahawa parti PAS mustahil mampu memerintah negara Malaysia yang maju dan majmuk. Atau, PAS hanyalah parti lebai yang hanya mampu memerintah negeri-negeri di Pantai Timur yang miskin.

NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ
NIK MOHAMAD ABDUH NIK ABDUL AZIZ

“Itulah yang pernah berlaku kepada PAS apabila kembali memerintah negeri Kelantan pada tahun 1990 dahulu dengan bermenteri besarkan seorang lebai agama berserban. PAS Kelantan membuktikan sebaliknya.

“Bezanya, PAS Kelantan mengambil masa beberapa tahun yang agak lama untuk meyakinkan rakyat Malaysia akan kemampuannya mentadbir negeri dengan slogan ‘Membangun Bersama Islam’. Tidaklah pelik bagi sebuah negeri pelopor yang merintis laluan awal,” katanya.

Nik Mohamad Abduh berkata kejayaan PAS di Putrajaya hari ini melalui liku yang lebih mudah dan pujian bagi Allah, dengan rahmat dan kelebihan daripada-Nya, parti itu membina keyakinan rakyat Malaysia dengan cepat sekali.

Menghampiri setahun di Putrajaya, kata Nik Mohamad Abduh berkata hampir tiada sindiran dan tohmahan musuh, apatah awam bahawa PAS begitu ketinggalan dan lemah kemampuannya menerajui beberapa kementerian yang diamanahkan kepadanya.

Malah, beliau berkata PAS dilihat mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah bersama parti-parti rakan dalam PN.

“Tohmahan ke atas PAS hanyalah berputar-putar pada serangan bertali arus bahawa PAS menjilat ludah sendiri sanggup bersekongkol dengan UMNO untuk memerintah di Putrajaya. Ia hanyalah ratiban politik yang begitu mudah dilangsaikan jawabannya. Gerangan kelebihan apakah ini untuk tidak disyukuri Allah dengan selayaknya?” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.