Myanmar semakin tegang, tentera serbu ibu pejabat NLD

147

10 FEB: Ibu pejabat Parti Liga Nasional Untuk Demokrasi (NLD) diserbu tentera Myanmar malam tadi dalam suasana yang semakin tegang di negara itu berikutan penahanan Aung San Suu Kyi.

Memetik laporan AFP, tindakan terhadap ibu pejabat parti pimpinan Suu Kyi itu dilakukan pada hari keempat rakyat Myanmar melancarkan demonstrasi.

“Diktator tentera menyerbu dan memusnahkan ibu pejabat NLD kira-kira jam 9.30 malam,” kata NLD dalam kenyataan ringkas menerusi laman Facebook parti itu,

Walau bagaimanapun, tiada butiran lanjut dinyatakan oleh NLD.

Pihak berkuasa bertindak tegas terhadap peserta demonstrasi semalam dengan menggunakan meriam air dan menembak peluru getah di Naypyidaw dan melepaskan gas pemedih mata di Mandalay.

Pemerintah junta Myanmar sebelum ini memberi amaran bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap demonstrasi yang mengancam kestabilan negara itu.

Pihak berkuasa Myanmar turut mengeluarkan larangan berhimpun melebihi lima orang.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.