Mohd Shafiq dilantik KSU Kementerian Kesihatan

97

Syabas dan tahniah atas pelantikan YBhg Datuk Mohd Shafiq Abdullah sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan berkuat kuasa pada 10 Februari 2021.

YBhd Datuk Mohd Shafiq bin Abdullah, 57 tahun berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Meiji, Jepun. Beliau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 29 tahun dengan jawatan pertama yang disandang sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri pada 1 Disember 1992.

Berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk kewangan, dasar dan pembangunan serta pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan. Selain itu, beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya.

Dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki oleh YBhg Datuk Mohd Shafiq bin Abdullah, saya yakin beliau mampu memacu Kementerian Kesihatan meneruskan kecemerlangan pentadbiran dan pengurusan dalam bidang kesihatan di Malaysia terutamanya dalam menangani pandemik COVID-19.

TAN SRI MOHD ZUKI ALI
Ketua Setiausaha Negara

Get real time updates directly on you device, subscribe now.