Kapal angkasa Al-Amal milik UAE masuk orbit Marikh

68

10 FEB: Misi kapal angkasa Al-Amal yang dilancarkan oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) memasuki orbit Marikh dengan selamat, semalam.

Memetik laporan AFP, misi tersebut bertujuan membongkar rahsia tentang cuaca di planet berkenaan.

Kapal angkasa Al-Amal, yang bermaksud ‘Harapan’ dilancarkan dari Pusat Angkasa Tanegashima di Jepun pada jam 6.58 pagi, 20 Julai tahun lalu.

Saiz Al-Amal adalah hampir sama dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan mempunyai berat 1.35 kilogram.

Ia mengambil masa tujuh bulan untuk melalui perjalanan sejauh 493 juta kilometer ke Marikh.

Setakat ini, UAE mempunyai 12 satelit di orbit dan merancang untuk melancarkan beberapa buah satelit lagi pada masa akan datang.

UAE juga merancang untuk membina penempatan manusia di Marikh menjelang 2117.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.