Gempa 5.1 skala Richter landa kepulauan Talaud petang tadi

28

10 FEB :  Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi pada pukul 6.03 petang itu berpusat di 130 kilometer (km) timur laut dari Pulau Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km.

Bagaimanapun, setakat ini tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.