Tommy enggan sahut cabaran debat Haniff Khatri

50

9 FEB: Peguam kanan, Mohd Haniff Khatri Abdulla, mengesahkan bahawa bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas menolak pelawaannya untuk menjadi ahli panel program bual bicara ‘Antara Politik dan Undang-undang’ yang akan disiarkan secara secara maya malam ini.

Mohd Haniff Khatri berkata, beliau difahamkan oleh seorang wartawan sebuah portal berita bahawa Tommy sudah mengenai ketidakhadiran beliau menerusi sepucuk surat yang dimajukan penerbit Jom Channel yang juga penganjur program terbabit hari ini.

Beliau berkata bekas Peguam Negara berkenaan membantah poster yang digunakan oleh Jom Channel untuk mempromosikan program bual bicara ‘Antara Politik dan Undang-undang’ di atas topik buku ” Tommy Thomas: My Story – Justice in the Wilderness” yang bakal disiarkan secara langsung mulai jam 8.30 hingga 10 malam ini, kerana dikatakan tidak betul.

“Bagaimanapun, saya dimaklumkan oleh penerbit rancangan berkenaan bahawa sehingga kini mereka belum menerima surat dari Tommy Thomas, namun kami menghormati keputusan beliau untuk tidak hadir.

“Mengenai poster rancangan ini saya rasa tiada perkara tidak betul atau kekhilafan berlaku kerana dalam kain pemidang berkenaan dinyatakan dengan jelas bahawa penyertaan Tan Sri Tommy Thomas sebagai ahli panel adalah tertakluk kepada pengesahan dan kehadiran beliau sendiri.

“Program bual bicara berkenaan juga akan diteruskan seperti dirancang biarpun tanpa kehadiran bekas Peguam Negara berkenaan dan saya sendiri secara fizikal kerana masih menjalani kuarantin di rumah.

“Namun begitu, saya difahamkan bahawa penerbit rancangan Jom Channel ada meletakkan kerusi kosong keran mana tahu Tan Sri Tommy Thomas menukar fikiran dan ingin hadir secara fizikal sebagai tetamu rancangan malam ini.

“Jika beliau menukar fikiran mahu hadir secara fizikal atau menjadi ahli panel secara maya, maka saya berharap beliau dapat menghubungi penerbit rancangan berkenaan secepat mungkin,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini Mohd Haniff Khatri ‘mencabar’ bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas memberanikan diri untuk menjadi ahli panel program bual bicara ‘Antara Politik dan Undang-undang’ yang akan disiarkan secara secara maya, pada malam ini.

Mohd Haniff Khatri berkata, program yang terbitan bersirinya akan dikendalikan oleh dihoskan oleh pengacara Noor Zawazi Yusof dengan salah seorang panelis adalah beliau sendiri.

“Untuk Siri 13 yang akan disiarkan pada hari Selasa ini (9 Februari ini) jam 8.30 malam hingga 10.00.malam, di atas topik ” Tommy Thomas: My Story – Justice in the Wilderness”, pihak penerbit telah memajukan jemputan kepada Tan Sri Tommy Thomas untuk hadir sebagai panelis, dengan akujanji penerbit bahawa wawancara itu akan dikendalikan dalam bahasa Inggeris, jika beliau sudi hadir bersama.

“Malah, pihak penerbit juga telah membuat akujanji untuk meletakkan sebuah kerusi pada setiap masa semasa siaran langsung program wawancara itu, untuk membolehkan Tan Sri Tommy Thomas hadir pada bila-bila masa beliau sudi semasa tempoh siaran yang ditetapkan itu,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini. – Oleh Haika Khazi

Get real time updates directly on you device, subscribe now.