Situasi banjir Sarawak semakin pulih, 1 PPS tutup

18

9 FEB: Situasi banjir di Sarawak semakin pulih di mana jumlah mangsa banjir yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) semakin berkurangan.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, secara keseluruhan, seramai 486 mangsa banjir ditempatkan di PPS pagi ini.

Seramai 42 mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Hanya dua PPS masih dibuka di Serian iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanah Puteh dan Dewan Masyarakat Serian manakala PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh ditutup petang semalam.

PPS SK Tanah Puteh menempatkan seramai 338 mangsa daripada 114 keluarga dan baki 148 mangsa daripada 52 keluarga berada di Dewan M

Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak semakin menurun selepas 42 lagi mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing, menjadikan keseluruhan 486 mangsa masih berada di PPS pagi ini berbanding 528 semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini melaporkan hanya tinggal dua PPS iaitu di SK Tanah Puteh dan Dewan Masyarakat Serian, di daerah Serian yang masih beroperasi selepas PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh ditutup 6 petang semalam.

Sebanyak 338 mangsa banjir daripada 114 keluarga ditempatkan di SK Tanah Puteh manakala 148 mangsa daripada 52 keluarga berlindung di Dewan Masyarakat Serian.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.