Kluster Pusat Dialisis antara 12 kluster baharu dikesan

60

9 FEB: Sebanyak 11 kluster baharu COVID-19 berkaitan tempat kerja dan satu kluster membabitkan individu berisiko tinggi di Pusat Dialisis di Masjid Tahan Melaka dikesan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dalam tempoh 24 jam lalu.  

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Kluster Dialisis Masjid Tanah Melaka membabitkan kumpulan berisiko tinggi dari daerah Alor Gajah, Melaka Tengah, dan Jasin di Melaka serta Rembau di Negeri Sembilan.

“Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-244703) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 8 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan sebuah pusat dialisis di Masjid Tanah, Alor Gajah. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini,” katanya kepada pemberita sidang media hariannya hari ini.

Terdahulu, Dr Noor Hisham berkata daripada 11 kluster tempat kerja berkenaan empat dikesan di Johor iaitu Kluster Besi Cyber, Senai City Lapan, Jalan Parit Mesjid dan Jalan Cyber 14; tiga di Selangor (Kluster Tapak Bina Persiaran Puteri, Kluster Industri Mahkota dan Kluster
Kejuruteraan Subang Baru.

Beliau berkata dua kluster tempat kerja yang dikesan di Kuala Lumpur ialah Kluster Jalan Budiman dan Kluster Jalan Pantai, serta masing-masing satu di Sabah (Kluster Hulu Jerocco) dan Negeri Sembilan (Kluster Lengkok Emas), manakala Kluster Dialisis Majlid Tanah Melaka membabitkan individu berisiko tinggi.

“Dengan pertambahan 12 kluster baharu hari ini jumlah kluster COVID-19 dikesan di Malaysia kini menjadi 920 kluster termasuk 461 kluster sudah tamat dan 459 masih aktif dengan kadar kebolehjangkitan. Empat kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Dewani, Kluster Iris, Kluster Tapak Bina Jalan Stesen,
dan Kluster Kampung Baharu..

“Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu adalah 93 kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Serkam (156 kes), Kluster Senai City Lapan (114 kes), dan Kluster Mayang Pasir (52 kes),” katanya.

Maklumat terperinci mengenai 11 lagi Kluster pada 9 Feb 2021:

1. KLUSTER TAPAK BINA PERSIARAN PUTERI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Persiaran Puteri, Taman Puchong, Petaling. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 320 individu telah disaring, di mana 28 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER KEJURUTERAAN SUBANG BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Kampung Subang Baru, Shah Alam, Petaling. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 196 individu telah disaring, di mana 15
kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER INDUSTRI MAHKOTA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 7 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah syarikat di Kawasan Perindustrian Mahkota, Pekan Sungai Manggis, Kuala Langat. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 1,536 individu telah disaring, di mana 21 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER SENAI CITY LAPAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai dan Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan I-Park Sac 8, Taman Perindustrian I-Park SAC, Senai, Kulai. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 318 individu
telah disaring, di mana 114 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER BESI CYBER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Keskes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Cyber 5, Kawasan Perindustrian Senai, Kulai. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 136 individu telah disaring, di mana 28
kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

6. KLUSTER JALAN PARIT MESJID

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Keskes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Parit Mesjid, Bukit Pasir, Muar. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 87 individu telah disaring, di mana 23 kes telah
dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

7. KLUSTER JALAN CYBER 14

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Keskes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Cyber 14, Kawasan Perindustrian Senai IV. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 189 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

8. KLUSTER TAPAK BINA JALAN PANTAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 Februari 2021 hasil saringan bersasar sebuah tapak binaan di Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, Lembah Pantai. Sehingga 9 Februari
2021, sejumlah 35 individu telah disaring, di mana 23 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

9. KLUSTER JALAN BUDIMAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-246618) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pengajian yang terletak di Jalan Budiman, Bandar Tun Razak, Cheras. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 11 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

10. KLUSTER HULU JEROCCO

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kinabatangan di Sabah. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID19 bermula pada 29 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah ladang di Jalan Jerocco, Kinabatangan. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana
kesemua kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

11. KLUSTER LENGKOK EMAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 23 Januari 2021 hasil saringan bersasar sebuah kilang di Jalan Lengkok Emas 1, Kawasan Perindustrian Nilai, Seremban. Sehingga 9 Februari 2021, sejumlah 130 individu telah disaring, di mana 55 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.