Kelas Digital MAHIR Tutor percuma untuk anak ‘frontliners’

59

9 FEB : Planetmahir, sebuah entiti korporat menawarkan langganan percuma Kelas Digital MAHIR Tutor kepada semua anak-anak frontliners Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 22 Februari ini.

Pengasasnya, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir berkata, ini merupakan sumbangan syarikat tersebut kepada barisan hadapan yang bertungkus lumus berjuang, tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memastikan rakyat terpelihara daripada wabak virus yang merbahaya ini.

“Rentetan kepada penularan pandemik COVID-19 yang semakin serius melanda negara sekarang, Planetmahir, sebagai sebuah entiti korporat yang perihatin, menawarkan langganan secara percuma Kelas Digital MAHIR Tutor kepada semua anak-anak frontliners yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

“Anak-anak frontliners bolehlah ke laman web kami di planetmahir.com untuk mengikuti kelas online percuma ini, atau hubungi kami di talian 011 2354 3133.

“Semoga sumbangan yang tidak seberapa ini akan dapat membantu anak-anak frontliners kita membuat ulangkaji pembelajaran dan membuat persiapan secukupnya bagi menghadapi peperiksaan SPM nanti,” ujarnya menerusi satu kenyataan hari ini.

MAHIR Tutor merupakan kelas tuisyen digital video-on-demand oleh Planetmahir khas untuk calon SPM. Terdapat 10 subjek SPM yang ditawarkan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam, Sains, Fizik, Kimia, Biologi dan Matematik Tambahan.

MAHIR Tutor kini telah mempunyai seramai lebih dua puluh ribu pelajar di seluruh Negara. Semua kelas pembelajaran subjek-subjek ini telah dirakam bagi membolehkan pelajar mengikuti sebarang tajuk pembelajaran di mana sahaja, pada bila-bila masa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.