Mangsa banjir Sarawak meningkat 1,002 orang

27

7 FEB: Banjir gelombang ketiga yang melanda Sarawak sejak 2 Februari lalu menyaksikan jumlah mangsa bertambah sedikit kepada 1,002 orang pagi ini berbanding 934 orang petang semalam.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sebanyak 14 pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir masih beroperasi setakat jam 8 pagi.

Sembilan PPS dibuka di Serian diikuti empat di Simunjan dan satu di Samarahan.

Serian merupakan daerah yang paling teruk terjejas akibat banjir dengan melibatkan 767 mangsa daripada 249 keluarga.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.